msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

INFO DABONG

Peta Md Dabong

Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong merupakan daerah terbesar dengan keluasan 84,007.06 hektar. Walaupun Dabong merupakan daerah yang paling kurang membangun, ia merupakan pusat pentadbiran kedua bagi Jajahan Kuala Krai.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Dabong (MDD) terletak di Pekan Dabong iaitu kira-kira 87km dari Kuala Krai dan 155km dai ibu negeri Kelantan (Kota Bharu). Keluasan Majlis Daerah Dabong merangkumi 145,173.254 hektar secara keseluruhannya. Ia merangkumi dua daerah besar di dalamnya iaitu Daerah Dabong (84,007.06 hektar) dan Daerah Olak Jeram (61,166.19 hektar). Daerah Dabong terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Kuala Pergau, Mukim Kuala Geris, Mukim Stong dan Mukim Kandek. Manakala bagi Daerah Olak Jeram pula terbahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Manek Urai, Mukim Manjor, dan Mukim Gajah

Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara,selatan, barat dan timur. Majlis Daerah Dabong didominasi oleh kawasan hutan dan pergunungan yang kaya dengan sumber semulajadi yang terkenal terutamanya Air Terjun Gunung Stong (1422m) yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Terenggara. Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas.

Daerah Dabong ini juga dikenali sebagai 'natural gateway' bagi pelancongan yang berteraskan alam semulajadi. Terdapat juga beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Gua Ikan, Air Terjun Lata Rek dan Air Terjun Lata Kertas. Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.

logo-mdd.png

MAJLIS DAERAH DABONG
18200 Dabong,

Kelantan Darul Naim.

Tel    (+609) 966 3345
Faks (+609) 966 7345
Web: www.mddabong.gov.my
Email: mddabong@kelantan.gov.my

PETA LOKASI KAMI

Kaunter Pelawat

Today15
Yesterday5494
This week11972
This month13044
Total63550

2021-04-15
  • Tarikh Kemaskini: Monday 12 April 2021, 14:41:20.
© Copyright {2019} Majlis Daerah Dabong. All Rights Reserved.

Search

SEO1