msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍

Hebahan Umum/Pengumuman
Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera
"𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍"
SYARAT-SYARAT MENYERTAI KERJA UNDI
1) Kontraktor yang layak dan berminat menyertai projek ini bolehlah berdaftar dengan pihak Majlis Daerah Dabong melalui link yang disediakan.
2) Pendaftaran secara online untuk sesi pengundian akan bermula pada 23 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021 dan sebarang masalah berkaitan pendaftaran bolehlah berhubung terus dengan pihak pentadbiran Majlis Daerah Dabong.
3) Bayaran pemprosesan bagi kerja undian sebanyak RM 50.00 (mengikut bilangan tajuk kerja) hendaklah dibuat secara tunai di kaunter Majlis Daerah Dabong sehingga 26 Ogos 2021.
4) Kontraktor (pemilik syarikat yang dinamakan) diwajidkan menyertakan Salinan sijil-sijl yang terlibat sebagaimana berikut :-
i. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
ii. Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB
iii. Sijil Kontraktor Taraf Bumiputera
iv. Sijil SSM (semua helaian)
v. Penyata kewangan terkini (baki minimum 5% daripada kos projek)
5) Maklumat berkaitan sesi undian tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana syarikat yang tidak membuat pendaftaran undian dengan Majlis Daerah Dabong.
6) Kontraktor yang telah berjaya mendapat projek secara undian dangan MDD pada tahun semasa adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai Sesi Undian seterusnya.
7) Sebarang PEMALSUAN BUTIRAN akan menyebabkan tawaran kerja yang Berjaya dalam proses undian akan TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat.
😎 Sebarang pertanyaan mengenai sebutharga kerja undian ini bolehlah menghubungi Unit Bangunan dan Kejuruteraan ditalian 09-9663345 / 09-9668988.
9) Permohonan yang diterima selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Sekian. Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FADZIL AZNAN BIN ABDUL AZIZ)
Setiausaha,
Majlis Daerah Dabong
Bertarikh : 19 Ogos 2021
𝑷𝑬𝑵𝑫𝑨𝑭𝑻𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑲𝑶𝑵𝑻𝑹𝑨𝑲𝑻𝑶𝑹 𝑲𝑬𝑹𝑱𝑨 𝑺𝑬𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑼𝑵𝑫𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑨𝑮𝑰 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑫𝑨𝑩𝑶𝑵𝑮
‼️‼️ KLIK LINK DIBAWAH ‼️‼️
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
 
C66c4eccc69045e08d2d9b9dde884c47 0001C66c4eccc69045e08d2d9b9dde884c47 0002

Kaunter Pelawat

Today4
Yesterday23
This week95
This month415
Total7057

2024-04-19
  • Tarikh Kemaskini: Wednesday 13 March 2024, 09:11:25.
© Copyright@2023 Majlis Daerah Dabong. All Rights Reserved.

Search