Articles
"๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ซ๐จ๐ฉ๐ถ๐ต๐ฎ ๐ต๐จ๐ฐ๐ฉ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐จ๐ต ๐ฒ๐จ๐ป๐ฌ๐ฎ๐ถ๐น๐ฐ ๐จ๐ต๐ผ๐ฎ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ฌ๐ณ๐จ๐ต๐ป๐จ๐ต๐ฒ๐ผ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐ฐ๐ฏ,, ๐บ๐๐จ๐ฉ๐จ๐บ ๐ซ๐จ๐ต ๐ป๐จ๐ฏ๐ต๐ฐ๐จ๐ฏ ๐ซ๐ฐ๐ผ๐ช๐จ๐ท๐ฒ๐จ๐ต"
- TOPIK HANGAT
- Hits: 535
Assalamualaikum W.B.T
Pengumuman Umum
"๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ซ๐จ๐ฉ๐ถ๐ต๐ฎ ๐ต๐จ๐ฐ๐ฉ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐จ๐ต ๐ฒ๐จ๐ป๐ฌ๐ฎ๐ถ๐น๐ฐ ๐จ๐ต๐ผ๐ฎ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ฌ๐ณ๐จ๐ต๐ป๐จ๐ต๐ฒ๐ผ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐ฐ๐ฏ,, ๐บ๐๐จ๐ฉ๐จ๐บ ๐ซ๐จ๐ต ๐ป๐จ๐ฏ๐ต๐ฐ๐จ๐ฏ ๐ซ๐ฐ๐ผ๐ช๐จ๐ท๐ฒ๐จ๐ต"
Pada 09 Disember 2021, bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu merupakan hari bersejarah untuk tahun ini kerana Majlis Daerah Dabong diumumkan sebagai Naib Johan bagi kategori Taman Rekreasi Bandar Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih dalam pertandingan Sempena Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2021.
Hasil kejayaan bagi kategori tersebut itu, MDD membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000.00 berserta trofi anugerah dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh YB Dato Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Hadir bagi menerima anugerah tersebut ialah, YBrs. En Mohd Fadzil Aznan Bin Abdul Aziz, Setiausaha MDD, dengan diiringi oleh Ketua unit Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDD, serta Ahli Majlis MDD
Terima kasih diucapkan kepada barisan kakitangan MDD yang telah melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi sehingga pelbagai kejayaan dilakar oleh MDD pada hari tahun ini, penghargaan juga diucapkan kepada seluruh warga Dabong yang turut bersama kami dalam memastikan kebersihan dan keindahan bandar terpelihara sekaligus merealisasikan agenda KelantanKu Bersih yang sedang diterapkan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.