Articles
𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆
- TOPIK HANGAT
- Hits: 1307
𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆
Untuk Makluman semua, Pihak MDD telah berjaya dalam saringan Pertama yang mana, peserta yang bertanding di seluruh Malaysia ialah Seramai 69 kumpulan.
Pertandingan Mala 2.0 ini terbahagi kepada 3 kategori Iaitu Majlis Daerah, Perbandaran serta Dewan Bandaraya.
Kami ini ibarat semut yang kecil yang ingin bertanding dengan Pihak yang sudah Gah di Malaysia, Namun begitu itu bukan Penghalang buat Kumpulan MDD untuk mengalah..
Alhamdulilah Pihak MDD telah berjaya kepusingan akhir yang mana telah mendapat nombor 7 didalam kategori Majlis Daerah pada 17 Januari yang lepas dan melayakkan kami ke pusingan Akhir.
Pada 8-9 Februari kami akan menetang semua Majlis Daerah, Perbandaran Serta Dewan Bandaraya Seluruh Malaysia yang berjaya ke Peringkat Akhir..
Ia merupakan satu cabaran bagi Pihak MDD yang sebelum ini Tidak pernah menyertai apa- apa penyertaan seperti ini. Dengan Restu Yang Dipertua Mohd Hariff Ghazali Serta sokongan dan dorongan MDD, Kami berjaya melakar nama di dalam peserta yang berjaya.
Alhamdulilah kami mendapat Nombor yang ke 25 yang mana telah mengatasi Beberapa Perbandaran serta Majlis Daerah pada pertandingan ini.
AKHIR KATA PERGI MEMBAWA HARAPAN, PULANG MEMBAWA KEJAYAAN.
Usaha kami tidak akan berhenti Disini, Insya-Allah Juara akan Jadi milik kami satu hari nanti.
ALHAMDULILAH SYUKUR KEHADRAT ILAHI