PERUTUSAN YDP
| UCAPAN ALU-ALUAN
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Majlis Daerah Dabong (MDD) berjaya memperkenalkan Laman Web Rasmi baharu ini sebagai medium penyampaian maklumat serta platform komunikasi rasmi kepada masyarakat. Saya bagi pihak Majlis Daerah Dabong ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat laman web ini. Kehadiran anda amat kami hargai. Laman web ini diwujudkan sebagai salah satu usaha ke arah pendigitalan perkhidmatan majlis bagi memastikan penyampaian maklumat serta perkhidmatan kepada masyarakat Dabong dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, telus dan mesra pengguna. Melalui laman web ini, para pengunjung akan memperoleh pelbagai maklumat terkini berkaitan perkhidmatan, aktiviti serta profil korporat Majlis Daerah Dabong. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan atau idea daripada orang ramai bagi membantu kami menambah baik mutu perkhidmatan dan seterusnya memperkukuh peranan MDD sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang progresif dan berorientasikan rakyat. Adalah menjadi harapan kami agar kewujudan laman web ini dapat memperkukuhkan hubungan antara Majlis Daerah Dabong dengan masyarakat setempat serta menjadi wadah penyebaran maklumat yang tepat, pantas dan berkesan. Semoga segala usaha ini mendapat keredaan Allah S.W.T dan seterusnya menjadikan Dabong sebuah kawasan yang bersih, indah dan ceria selaras dengan moto Majlis. Sekian, terima kasih. "ISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATI" |
|
- Hits: 3608