SOALAN LAZIM (FAQ)
Apa itu cukai taksiran?
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti : Bangunan Kediaman. Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel. Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang). Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang). Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Dabong.
Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :- 1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun.
Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada:- Januari - 1/2 tahun pertama Julai - 1/2 tahun kedua Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada:- Mac - 1/2 tahun pertama September - 1/2 tahun kedua.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil /Notis?
Anda Dikehendaki Datang Sendiri Ke Kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Ibu Pejabat MDPP, dengan membawa:- Bil/Notis lama atau No. Akaun (jika ada) atau No. lot/rumah dan kedudukan harta.
Apakah jenis lesen yang perlu dipohon?
Semua jenis perniagaan sama ada berniaga di premis atau menjaja, lesen iklan dan lesen sementara.
Adakah setiap pembinaan memerlukan pelan?
Ya, perlu kepada pelan berskala, dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.
Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: - Majis/Dewan Bandaraya - Majlis Perbandaran - Majlis Daerah Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta. Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen?
Satu keping gambar berwarna berukuran passport Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba) Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja ) Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja) Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009 Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010 Salinan pendaftaran perniagaan (SSM).
Syarat-Syarat Permohonan Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)?
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut: 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan(Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik) 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan).
- Hits: 4683