Pengurusan Sisa
PENGURUSAN SISA
- Joomla!
- Hits: 1630
- Waktu Kutipan Sampah & Pengurusan Sisa Pepejal
- Pembersihan kawasan Majlis Daerah Tumpat pada tiap-tiap hari bekerja, mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.15 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan perniagaan dan tong sampah berpusat diangkut pada tiap-tiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan sekolah dibuat mengikut jadual ditetapkan.
- Sampah dilupus dalam lubang yang digali dan diratakan oleh jentolak setiap hari.
- Tempat pelupusan sampah ditimbus tanah bila mana ,buangan telah penuh.
- Memastikan tempat pelupusan sampah tidak terbakar dan tidak menjadi tempat pembiakan lalat dan mencemarkan alam sekitar.
- Pemotongan rumput di taman permainan, kawasan lapang, bahu jalan, padang dan tempat awam, dipotong dengan ketetapan masa 21 hari satu pusingan.Semua longkang dibersihkan pada ketetapan masa 30 hari satu pusingan (bergantung kepada keadaan) semua longkang besar dibersihkan sekurang-kurangnya setahun sekali.
- Tempat-tempat awam seperti tandas awam, perhentian teksi & bas dan sebagainya mesti sentiasa dalam keadaan bersih.
- Pasar dibersihkan setiap hari oleh penender / pemajak.
- Semua kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan majlis, jkr, jps, persendirian dan sebagainya, sentiasa diawasi supaya sisa pepejal dan lain-lain dalam kawasannya sentiasa dalam keadaan bersih.
- Kawasan perumahan yang baru siap, perkhidmatan diberi sebaik sahaja sijil kelayakan duduk (skd) dikeluarkan.
- Setiap pemaju perumahan sebelum skd dikeluarkan perlu menyediakan tong sampah awam.
- Anda hendaklah memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik, diikat kuat-kuat dan dimasukkan ke dalam bekas sampah.
- Mewujudkan bandar tumpat, pekan wakaf bharu, pekan chabang empat dan pekan pengkalan kubor sebagai bandar dalam taman.
- Menanam 10,000 pokok teduhan dan renek dalam setahun untuk penghijauan dan pembentukkan ekologi bandar.
- Mewujudkan kemudahan rekreasi dan keindahan, selesa & selamat diguna.