msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐌𝐏𝐁𝐆) 𝐊𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐌𝐏𝐁𝐆) 𝐊𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
🗓️ 2 SEPTEMBER 2024
Pihak Majlis Daerah Dabong amat berterima kasih diatas kesudian pihak rombongan dari Majlisb Bandaraya Pasir Gudang sudi berkunjung ke Dabong bagi memajukan sektor pelancongan masing-masing. Pelbagai ilmu yang telah dikongsikan semasa lawatan ini, yang mana pihak Majlis Daerah Dabong bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang saling berkongsi idea dan pendapat bagi menarajui era pelancongan yang lebih efektif.
Kami pihak MDD amatlah berbesar hati menerima rombongan pihak puan-puan. Majlis ini bermula dengan ketibaan para rombongan di stesen KTMB Dabong yang tiba pada pukul 10.35 pagi dan terus bergerak ke Dewan Mesyurata Utama MDD untuk sarapan pagi dan sesi taklimat.
Turut menyampaikan kata-kata aluan program ini dari Tuan Setiausaha (Mohd Norhisham Abdullah), Serta taklimat ringkas pelancongan yang telah disampaikan oleh En Mohammad Far hafizi Bin Mohammad Zaid (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) Selaku Urusetia pelancongan Dabong. Turut Hadir Ketua Whip MDD (En Zamri bin Jusoh), Pengerusi Penerangan dan Pelancongan MDD serta Ketua-ketua Jabatan MDD.
Program ini diteruskan dengan pihak Rombongan melawati beberapa tempat pelancongan di Dabong antaranya :
✅ 𝐕𝐈𝐄𝐖 𝐏𝐎𝐈𝐍𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐎𝐍𝐆
✅ 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗚𝗨𝗔 𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗕𝗢𝗡𝗚
✅ 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐍𝐆
✅ 𝐋𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒
Semoga usaha ini boleh diteruskan lagi bagi memberikan impak yang besar kepada Pelancongan di kelantan khususnya dikawasan Dabong.Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada rombongan dan majlis bersurai.

Kaunter Pelawat

Today21
Yesterday23
This week140
This month608
Total11535

2024-10-26
  • Tarikh Kemaskini: Tuesday 15 October 2024, 09:51:46.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

© Copyright@2023 Majlis Daerah Dabong. All Rights Reserved.

Search

MYSEJAHTERA

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

ARKIB MDD
Senarai Masjid di Negeri Kelantan