Hebahan Tender Sebutharga
1. Dokumen sebutharga boleh diperolehi di Ibu Pejabat Majlis Daerah Dabong dan akan di jual pada tarikh 27
April 2021 semasa waktu pejabat. Penender yang berminat di kehendaki membuat bayaran pada harga yang
ditetapkan secara tunai sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.
2. Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada penender yang berdaftar dengan Majlis Daerah Dabong
sahaja serta membawa Sijil Pendaftaran SPKK, CIDB, PKK (Taraf Bumiputera) dan SSM serta surat wakil yang sah
daripada syarikat.
3. Lawatan tapak Tidak Diwajibkan, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerja berkaitan projek ini
penender yang berminat untuk lawatan tapak boleh membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi bahagian
teknikal MDD untuk menyertai beberapa slot lawatan tapak pada 26 April 2021 bagi mematuhi SOP PKP.
4. Dokumen sebutharga yang telah siap diisi dengan lengkap dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke
dalam peti sebutharga di Ibu Pejabat Majlis Daerah Dabong sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh 06 Mei 2021.
5. Majlis Daerah Dabong tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran sebutharga yang terendah atau
mana-mana tawaran sebutharga dan keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad.