πππ ππππππππππ πππππ-πππππ ππππππππππ ππ πππππ πππππππππ πππ ππππππ ππππ
DABONG, 10 Mac 2025 (Isnin) β Majlis Daerah Dabong (MDD) menerusi Jabatan Perlesenan & Kesihatan Awam hari ini melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan rumput di Taman Permainan MDD serta Padang Awam MDD bagi memastikan kawasan ini sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa untuk digunakan oleh orang ramai.
Ketua Jabatan Perlesenan & Kesihatan Awam MDD, En. Amirul Adzreen bin M. Adnan, berkata usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak majlis dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penduduk dan pelancong.
βWalaupun dalam bulan Ramadan, pasukan kami tetap meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan kawasan rekreasi ini dapat digunakan dengan selesa. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama, dan kami berharap masyarakat turut memainkan peranan dengan menjaga persekitaran ini,β katanya.
Antara kerja-kerja yang telah dijalankan termasuk:



Beliau turut menyeru orang ramai agar sama-sama memelihara kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta menghargai kemudahan awam yang telah disediakan.
- Hits: 1