πππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππ ππππππ
DABONG, 12 Mac 2025 β Majlis Daerah Dabong (MDD) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Agama Jajahan Kuala Krai telah menjalankan Operasi Bersepadu Pencegahan Maksiat bagi memastikan keharmonian masyarakat dan menghormati kesucian bulan Ramadan.
Operasi yang bermula pada jam 3 petang ini melibatkan pemeriksaan di beberapa lokasi utama, termasuk kawasan pasar, premis perniagaan serta kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan orang ramai. Operasi ini bertujuan meninjau kepatuhan masyarakat terhadap peraturan serta memberi nasihat berkaitan pematuhan adab dan etika sepanjang bulan Ramadan.
Turut hadir dalam operasi ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan MDD, Ustaz Adhwaβ Farhan bin Che Aziz, serta Ahli Majlis, En. Mohd Zamri bin Mat Yaakub, yang bersama-sama turun padang bagi memantau keadaan dan memberikan sokongan terhadap inisiatif ini. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menghormati bulan Ramadan.
Ketua Jabatan Penguatkuasaan MDD, En. Ismail bin Junoh, berkata bahawa operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan persekitaran yang kondusif dan berakhlak tinggi dalam kalangan masyarakat.
βOperasi ini bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menghormati bulan Ramadan. Selain pasar dan premis perniagaan, kita turut memantau kawasan perkelahan bagi memastikan tiada aktiviti yang boleh mencemarkan kesucian bulan ini,β katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa, termasuk pemeriksaan terhadap peniaga bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan.
Majlis Daerah Dabong menyeru seluruh warga untuk bersama-sama menjaga kesopanan, menghormati amalan berpuasa, dan mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan kemuliaan Ramadan.
Operasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada orang ramai.
- Hits: 6