LATAR BELAKANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pengenalan
Bahagian Sistem Maklumat selaras dengan Pembangunan IT di Majlis Daerah Dabong yang semakin berkembang mengikut keperluan semasa. Peranan yang semakin meluas dalam memberi perkhidmatan sejajar dengan salah satu strategi Majlis iaitu untuk memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
Terdapat 5 bahagian utama di Jabatan Teknologi Maklumat iaitu :
- Bahagian Pengurusan Perkakasan dan Rangkaian ICT MDD
- Bahagian Pengurusan Pusat Data dan Komunikasi ICT MDD
- Bahagian Pengurusan Sistem Aplikasi dan Perisian ICT MDD
- Bahagian Pengurusan Multimedia dan Pendidikan ICT MDD
- Bahagian Pengurusan Keselamatan dan Intergriti ICT MDD
Objektif
- Menggalakkan pertumbuhan ICT di Majlis Daerah Dabong dengan mewujudkan persekitaran ICT kepada semua peringkat pengurusan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi Majlis.
- Meningkatkan tahap profesionalisme dalam penggunaan perkhidmatan Teknologi Maklumat kepada seluruh warga Majlis
- Memenuhi keperluan-keperluan ICT daripada setiap jabatan di dalam Majlis.
- Menyediakan latihan-latihan atau kursus ICT kepada semua warga Majlis bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam penggunaan ICT.
- Mempertingkatkan ketelusa perkhidmatan Majlis melalui ICT.
- Mendekatkan rakyat dengan Majis melalui ICT.
- Hits: 448