Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

🌿 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 & 𝐆𝐞𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐆𝐮𝐚 𝐈𝐤𝐚𝐧 📖🪨

Majlis Daerah Dabong (MDD) terus memainkan peranan dalam memastikan warisan alam semula jadi di kawasan ini dipelihara dengan baik. Pada 6 Mac 2025, satu sesi pemurnian Laporan Pembangunan Inventori Warisan Ekologi dan Geologi Kompleks Gua Ikan telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, bersama para penyelidik dan pakar dalam bidang berkaitan.
Sesi ini memastikan laporan yang dihasilkan mempunyai ketepatan saintifik dan nilai strategik dalam perancangan pemuliharaan serta pembangunan lestari. Kajian ini bukan sekadar mendokumentasikan kepelbagaian ekologi dan geologi, tetapi juga berperanan dalam membentuk hala tuju yang seimbang antara pemuliharaan dan manfaat kepada komuniti setempat.
Kompleks Gua Ikan, sebagai salah satu geosites dalam Stong Geopark, mempunyai nilai yang perlu diangkat dengan pendekatan yang berasaskan data, kajian, dan kebersamaan dengan pihak berkepentingan.
  • Hits: 11