msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀.- 𝟏. 𝐌𝐃𝐃 (𝐁𝐏𝟎𝟏-𝐊) 𝟎𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝟐. 𝐌𝐃𝐃 (𝐁𝐏𝟎𝟏-𝐊) 𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀.
Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Taraf Bumiputra dan mempunyai jenis pendaftaran yang telah ditetapkan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :
𝟏. 𝐌𝐃𝐃 (𝐁𝐏𝟎𝟏-𝐊) 𝟎𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟑
Membina Baru 5 Unit Kiosk di Kawasan Peria, MD Dabong
𝟐. 𝐌𝐃𝐃 (𝐁𝐏𝟎𝟏-𝐊) 𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟑
Membina Baru 5 Unit Kiosk di Kawasan Sg Sam, MD Dabong
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧
1. Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerja berkaitan projek ini petender yang berminat boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi bahagian teknikal MDD.
2. Kebenaran Khas (KK) adalah tidak dibenarkan untuk menyertai tawaran ini.
3. Petender yang berminat dikehendaki membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran CIDB, sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB, sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia semasa mendaftar.
4. Borang sebutharga bolehlah didapati di Pejabat Majlis Daerah Dabong bermula 03 Julai 2023 dengan harga RM 50.00.
5. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dilakri dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat Majlis Daerah Dabong dan sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.
6. Tarikh tutup sebutharga adalah pada 10 Julai 2023 jam 12 tengahari.
7. Pihak Pengurusan Majlis Daerah Dabong tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga termasuklah tawaran harga yang terendah.
Yang menurut perintah,
(MOHD NORHISHAM BIN ABDULLAH )
Setiausaha,
b.p Yang Dipertua
Majlis Daerah Dabong.
Bertarikh : 03 Julai 2023 bersamaan
14 Zulhijjah 1444 H
 
link facebook kami

Kaunter Pelawat

Today4
Yesterday23
This week4
This month646
Total7288

2024-04-29
  • Tarikh Kemaskini: Wednesday 13 March 2024, 09:11:25.
© Copyright@2023 Majlis Daerah Dabong. All Rights Reserved.

Search