Accessibility Tools

Skip to main content
enms
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

PENYELENGARAAN JALAN DIKAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH DABONG

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Taraf Bumiputra dan mempunyai jenis pendaftaran yang telah ditetapkan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja sebagaimana Lampiran.
Maklumat Berkaitan
1. Taklimat Sebutharga dan Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan tidak dibenarkan menghantar wakil selain daripada penama yang dinamakan di dalam sijil tersebut.
2. Kebenaran Khas (KK) adalah tidak dibenarkan untuk menyertai tawaran ini.
3. Petender yang berminat dikehendaki membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran CIDB, sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB, sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia semasa mendaftar.
4. Borang sebutharga bolehlah didapati di Pejabat Majlis Daerah Dabong dengan harga RM 50.00.
5. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dilakri dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat Majlis Daerah Dabong dan sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.
6. Tarikh tutup sebutharga adalah pada 27 Mac 2025 jam 12 tengahari.
7. Pihak Pengurusan Majlis Daerah Dabong tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga termasuklah tawaran harga yang terendah.
 
  • Hits: 48

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD