PROJEK MENAIKTARAF KEMUDAHAN PELANCONGAN DI KOMPLEKS GUA IKAN, DABONG, KELANTAN DARUL NAIM
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk menyertai tawaran seperti berikut :-
2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil asal berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan semasa menghadiri sesi taklimat tender :-
i. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (Taraf Bumiputera)
ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB
iii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) oleh CIDB
Satu salinan Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan Majlis Daerah Dabong. Majlis Daerah Dabong berhak menolak permohonan yang pada tanggapan Majlis Daerah Dabong tidak layak.
3.Kontraktor yang berminat diwajibkan hadir taklimat tender seperti alamat di atas dan Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender. Hanya PEMILIK SYARIKAT/ PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA/ CIDB untuk pengesahan
4.Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang hadir ke taklimat dan lawatan tapak sahaja.
5.Dokumen Meja Tender disediakan untuk semakan di Pejabat Majlis Daerah Dabong pada waktu pejabat sehingga tarikh tender dijadualkan tutup.
6.Dokumen Tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri, dengan nombor dan tajuk tender dituliskan di kirinya dan dimasukkan ke dalam peti tender di Pejabat Majlis Daerah Dabong 18200, Dabong, Kelantan
7.Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah tanggungjawab kontraktor. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak.
8. Pihak Pengurusan Majlis Daerah Dabong tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas perbelanjaan dengan tawaran ini.
- Hits: 68