Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.

 

 
3
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.
🗓 29 June 2024
📌 Dewan Sebarguna Majlis Daerah Dabong
Program BaktiRAKYAT Wilayah Kelantan, Terengganu telah memilih lokasi di Daerah Dabong sebagai destinasi pilihan pada tahun ini. Sebagai mana yang diketahui, daerah Dabong merupakan salah satu pusat pelancongan di negeri Kelantan. Secara tidak langsung program ini juga dapat mempromosikan dan memperkenalkan pengangkutan kereta api sebagai pengangkutan pilihan masyarakat bagi mengunjungi lokasi-lokasi menarik di daerah Dabong.
Selain daripada itu, program ini juga turut mendekati komuniti pondok yang masih menjalankan sistem pendidikan tradisional iaitu sekolah pondok yang telah diusahakan oleh masyarakat di daerah Dabong iaitu Pondok Sungai Kenerong. Pada masa ini, Daerah Dabong tidak mempunyai Cawangan Bank Rakyat, dan melalui program ini, diharapkan ianya dapat memperkenalkan Bank Rakyat kepada masyarakat setempat.
Program hari ini juga bertujuan untuk memupuk minat cintakan alam sekitar dengan pemuliharaan berterusan. Alhamdulillah, pada hari ini seramai 100 orang sekarelawan yang akan menjayakan program BaktiRAKYAT 2024.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Program BaktiRAKYAT telah dilancarkan pada Disember 2021 merupakan program kesukarelawanan bertujuan membudayakan nilai kerjasama, memupuk semangat berkumpulan, mengikis sikap pentingkan diri dan cakna kepada persekitaran budaya komuniti dalam kalangan warga kerja Bank Rakyat.
Di samping itu juga program ini dapat membina kemesraan dan memupuk nilai R.A.K.Y.A.T. sebagai asas untuk mencapai kecemerlangan melalui Kerja Berpasukan (Excellence through Teamwork).
Selain itu, program ini juga merupakan satu strategi berteraskan outreach programme yang dijelmakan dalam bentuk tindakan yang terancang iaitu:
o warga kerja turun padang; DAN
o mendekati masyarakat serta komuniti setempat yang berfokus; SERTA
o meninggalkan impak kepada masyarakat khususnya golongan yang memerlukan.
Pihak MDD merakamkan ucapan ribuan Terima kasih diatas kehadiran Yang Berusaha EN NIK KHAIRUR RIJAL MOHD GHAZALI
Pengurus Cawangan Gua Musang ( Penyelaras Program BaktiRAKYAT2024 Wilayah Kelantan, Terengganu), Pengurus-pengurus Bank Rakyat Cawangan Negeri Kelantan, Yang Berusaha En Mohd Norhisham bin Abdullah (Setiausaha Majlis Daerah Dabong) dan para pelajar SMK Dabong, warga kerja Bank Rakyat yang memeriahkan acara ini.
  • Hits: 222

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD