๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ง๐ ๐๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐ซ๐๐ฏ๐๐ฑ ๐๐๐๐, ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐๐ก๐ซ๐ฎ
Majlis Daerah Dabong (MDD) berbesar hati kerana diberi peluang mewakili negeri Kelantan di ASEAN Tourism Forum: Travex 2025, bersama-sama dengan penggiat industri pelancongan Kelantan yang lain.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Information Centre (TIC) Kelantan, rakan strategik MDD sejak sekian lama, yang telah menjemput dan menyokong usaha ini. Penyertaan ini merupakan peluang berharga untuk mempromosikan Dabong sebagai destinasi pelancongan unik yang berasaskan alam semula jadi, selaras dengan visi kami untuk menjadikan Dabong dikenali di peringkat ASEAN sebagai Gerbang Eko Pelancongan Lestari.
Dengan keunikan seperti Stong Geopark, program komuniti tempatan, dan komitmen terhadap kelestarian, kami percaya Dabong mampu menarik perhatian pelancong serantau. Terima kasih juga kepada semua penggiat pelancongan negeri Kelantan yang bersama-sama memperkukuh sektor ini di platform antarabangsa.
- Hits: 78