𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 (𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐑𝐎𝐒𝐍𝐀𝐙𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐌𝐈𝐍).

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Rosnazli bin Haji Amin atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baharu.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan, kepakaran serta pengalaman luas YB Dato' dalam bidang kewangan dan pentadbiran negeri. Semoga dengan kepimpinan yang berwibawa, sistem kewangan negeri Kelantan akan terus diperkukuhkan dan membawa kemajuan yang lebih cemerlang untuk manfaat rakyat serta pembangunan negeri.
Diharapkan agar amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan komitmen, serta diberikan bimbingan dan keberkatan oleh Allah SWT dalam setiap urusan.
Ucapan Ikhlas Daripada Yang Dipertua, Tuan Setiausaha Ahli-Ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Daerah Dabong
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!
- Hits: 10