Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐏𝐍𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓).

SURAT%20EDARAN%20PBT Page 0001

 

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagai makluman Tuan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional (JPNIN) sedang melaksanakan Kajian Indeks Perpaduan

Nasional Ketiga Tahun 2025 (IPNas 2025). Kajian ini dibiayai oleh Kementerian

Ekonomi di bawah peruntukan Rolling Plan Kelima Tahun 2025, Rancangan Malaysia

Kedua Belas (RP5 Tahun 2025, RMKe-12). Kajian ini dilaksanakan melalui firma

perunding, UKM Pakarunding Sdn. Bhd. selama dua belas (12) bulan bermula

daripada 7 Februari 2025 hingga 6 Februari 2026.

3. Pasukan perunding akan melaksanakan proses kutipan data di lapangan

bermula pada 28 April 2025 sehingga 30 Jun 2025 akan melibatkan responden yang

terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terpilih berdasarkan kepada peta

Blok Penghitungan (BP) dan Tempat Kediaman (TK) yang dibekalkan oleh pihak

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Segala maklum balas dan data peribadi

responden yang dikumpul melalui kajian ini akan dilindungi kerahsiaannya di bawah

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

4. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah

memohon kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri untuk memaklumkan berkaitan

pelaksanaan kutipan data ini kepada semua Pejabat Tanah dan Jajahan, Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), pemimpin masyarakat serta agensi berkaitan bagi perkaraperkara berikut:

i. Memastikan kelancaran pergerakan penyelidik dan enumerator yang dilantik ke

kawasan-kawasan yang dikenal pasti bagi tujuan pengumpulan data.

ii. Menggalakkan penglibatan rakyat secara menyeluruh dalam memberikan

kerjasama ketika proses temubual atau pengisian soal selidik berlangsung.

5. Hasil kajian ini kelak akan dijadikan sebagai rujukan kepada penambahbaikan

Dasar Perpadauan Negara (DPN) dan seterusnya pelaksanaan program-program

perpaduan yang lebih holistik bagi menambahbaik perpaduan dan integrasi di

Malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pihak Tuan boleh

menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i. Puan Syadatul Amira binti Aminudin

No. Telefon : 03-8883 7020/019-252 2286

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ii. Encik Muhammad Ismail bin Aminuddin

No. Telefon : 03-8091 8091 /017-372 0521

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6. Di atas segala perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan berhubung

perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

**ISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATI**.

  • Hits: 47

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD