πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππ ππππππππ ππ πππππππ πππππ ππππ
Alhamdulillah, Majlis Lawatan Kerja YAB Ustaz Datoβ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan ke Jajahan Kuala Krai yang berlangsung pada Khamis, 19 Jun 2025, telah berjalan lancar dan penuh bermakna.
Majlis ini telah diurus setiakan secara bersama oleh Majlis Daerah Dabong (MDD) dan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), dengan penyelarasan utama oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai (PTJ KK).
Antara pengisian utama program:
Taklimat pembangunan jajahan
Amanat oleh YAB Menteri Besar
Lawatan ke tapak Projek Mini Hidro Kemubu
Dialog bersama pimpinan setempat
Ziarah menyantuni rakyat
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pembangunan berimpak tinggi di Dabong serta membuka ruang kolaborasi yang lebih luas demi kemajuan rakyat dan kelestarian alam.
Dabong terus melangkah sebagai Gerbang Eko Pelancongan Lestari.
- Hits: 18