ππππππππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππ πππππππππππ ππππππππ

Pada 8 November 2025 (Sabtu), Majlis Daerah Dabong telah dijemput oleh Koperasi Wanita Islam Kelantan Berhad (KOWANIS) untuk membentangkan kertas kerja sempena Kursus Asas Pelancongan Komuniti yang diadakan di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
Tajuk pembentangan bertemakan βPotensi Ekonomi dalam Pelancongan Komunitiβ telah disampaikan oleh wakil Majlis Daerah Dabong bagi berkongsi kejayaan serta pengalaman dalam pelaksanaan aktiviti pelancongan komuniti di kawasan Dabong yang kini menjadi contoh rujukan kepada pelbagai pihak.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan inspirasi kepada pihak KOWANIS untuk membangunkan potensi pelancongan komuniti sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat.
Majlis Daerah Dabong mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan penghargaan yang diberikan. Semoga usaha bersama ini dapat memperkukuh pembangunan pelancongan komuniti di negeri Kelantan. ![]()
![]()
- Hits: 17