Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐤𝐨𝐩 𝐄𝐜𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐅𝐢𝐬𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐞𝐫 (𝐄𝐅𝐓)

Screenshot%202026 01 15%20104939

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐤𝐨𝐩 𝐄𝐜𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐅𝐢𝐬𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐞𝐫 (𝐄𝐅𝐓)

14/01/2026

Satu lawatan tapak ke Sungai Kenerong telah diadakan anjuran Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan dihoskan oleh Majlis Daerah Dabong (MDD), melibatkan kehadiran wakil-wakil daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), PlanMalaysia@Kelantan, Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Dabong serta Madrasah Tarbiah Al-Aulad.

Lawatan ini telah disambut oleh Setiausaha Majlis Daerah Dabong, selaku wakil pihak pengurusan MDD, dan dilaksanakan di Kem 2, Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Pondok Sungai Kenerong.

Tujuan lawatan tapak ini adalah untuk menilai secara langsung potensi pembangunan yang sesuai dilaksanakan selaras dengan skop Ecological Fiscal Transfer (EFT), dengan mengambil kira aspek pemuliharaan alam sekitar, perancangan guna tanah, keperluan infrastruktur asas serta peluang pelaksanaan projek yang mampan dan berimpak.

Pendekatan lawatan tapak serta libat urus antara jabatan ini mencerminkan komitmen Majlis Daerah Dabong dalam memastikan setiap cadangan pembangunan dirancang secara bersepadu, berfakta dan mematuhi prinsip kelestarian di bawah inisiatif EFT.

  • Hits: 35

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD