𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Majlis Daerah Dabong telah mengadakan Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong Tahun 2026 serta Majlis Penghargaan Perkhidmatan yang berlangsung di Dewan Seri Dabong dalam suasana penuh penghargaan dan semangat kebersamaan.
Melalui majlis ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, YABrs. Encik Nik Faizai bin Mohamed, telah menyampaikan amanat serta halatuju kepimpinan Majlis bagi tahun 2026 sebagai panduan kepada seluruh warga kerja dalam memperkukuhkan peranan Majlis sebagai penyedia perkhidmatan kepada masyarakat serta pemangkin pembangunan kawasan.
Majlis ini turut memberi penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi dalam perkhidmatan melalui penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 serta Anugerah Pekerja Terbaik.
Pada masa yang sama, penghargaan turut dirakamkan kepada kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat bersama Majlis Daerah Dabong.
Majlis ini juga menjadi ruang untuk memperkukuhkan semangat kerjasama, kesatuan dan komitmen seluruh warga Majlis Daerah Dabong, selaras dengan aspirasi untuk terus memacu pembangunan kawasan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama warga kerja Majlis Daerah Dabong, yang turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga Majlis.
Semoga dengan semangat kebersamaan dan dedikasi semua pihak, Majlis Daerah Dabong akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang progresif, responsif dan berdaya saing.
Hilmi Abdullah Hisham Abdullah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan @top fans
- Hits: 1