𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐆𝐔𝐀 𝐈𝐊𝐀𝐍

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍.
𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐆𝐔𝐀 𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍.
Adalah dimaklumkan bahawa Kompleks Gua Ikan, Dabong akan DITUTUP SEMENTARA kepada orang awam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kemudahan pelancongan di kawasan tersebut.
Tempoh Penutupan:
Selama 14 bulan bermula pada 1 April 2026.
Sehubungan dengan itu, semua pengunjung adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan Kompleks Gua Ikan sepanjang tempoh penutupan tersebut demi memastikan keselamatan orang awam serta kelancaran pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf yang sedang dijalankan.
Penutupan sementara ini dilaksanakan oleh Majlis Daerah Dabong selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi tujuan pengawalan, penyelenggaraan serta keselamatan kawasan awam.
Kerjasama dan pematuhan daripada semua pihak amatlah dihargai. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
Yang Dipertua
Majlis Daerah Dabong
- Hits: 56