π-πππππππ ππππππ πππ πππππππ ππππ πππππ ππππ ππππππππ ππππ
π-πππππππ ππππππ πππ πππππππ ππππ πππππ ππππ ππππππππ ππππ
Majlis Daerah Dabong (MDD) menerima penghargaan sebagai Naib Johan bagi kategori Inovasi Pengurusan Kewangan dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 menerusi projek Sistem E-Kadaran.
Anugerah tersebut diberikan sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim.
Hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Datoβ Dr. Tengku Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada wakil MDD.
Selain itu, dua lagi projek inovasi MDD turut mendapat pengiktirafan iaitu AISAK PBT (R.M.S) yang meraih Saguhati serta Kon Beringak (KIK) yang menerima penarafan 2 Bintang.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penyertaan inovasi kali ini. Kejayaan ini menjadi bukti komitmen MDD untuk terus memperkukuh budaya inovasi dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Hilmi Abdullah Hisham Abdullah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan @followers @top fans
- Hits: 53