𝐁𝐄𝐒𝐓 𝐎𝐅 𝐒𝐌𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐒 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐁𝐄𝐒𝐓 𝐎𝐅 𝐒𝐌𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐒 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓
TAHNIAH DABONG!
Alhamdulillah, Dabong sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila dinobatkan sebagai Tempat Kedua dalam kategori "Best of Small Towns Malaysia 2025"!
Keindahan alam semula jadi, budaya setempat yang unik, serta keramahan penduduk Dabong menjadikan ia destinasi yang semakin dikenali dan dihargai.
Pengiktirafan ini bukan sahaja kebanggaan buat warga Dabong, tetapi juga bukti bahawa usaha memelihara keindahan dan keunikan bandar kecil ini telah mendapat perhatian di peringkat kebangsaan.
Majlis Daerah Dabong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Small Town Malaysia atas pengiktirafan ini. Sokongan dan pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk kami terus memelihara, memperkasa, dan mempromosikan keindahan Dabong di persada nasional.
Dabong – Permata Alam Kelantan, Destinasi Pilihan Anda!
𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐆𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐊𝐎-𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈
- Hits: 50