𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍!

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍!
𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢: 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐤𝐫𝐞𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 & 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐚
Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025
17 Jamadilakhir 1447/ 08 Disember 2025
Dewan Tok Guru Dato'Bentera Setia
Majlis Daerah Dabong (MDD) terus mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Kategori Taman Rekreasi Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih dan Ceria sempena Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025. Kejayaan membanggakan ini turut menyaksikan MDD membawa pulang trofi penghargaan serta wang tunai bernilai RM3,000.
Majlis penyampaian ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDD, (Nik Faizai Bin Mohamed), Setiausaha MDD, (Mohd Norhisham Bin Abdullah), Ketua Whip MDD serta kakitangan MDD yang hadir bagi memberikan sokongan penuh terhadap program ini.
Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen berterusan MDD dalam memastikan kawasan rekreasi daerah Dabong sentiasa bersih, ceria, indah dan mesra pengunjung, sekali gus menyokong matlamat negeri menuju ke arah Kelantan yang lebih mampan dan sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja MDD, komuniti setempat serta semua pihak yang sentiasa berganding bahu dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan rekreasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih cemerlang pada masa akan datang demi kesejahteraan komuniti dan pelancongan daerah!
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
- Hits: 28