𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐃𝐀, 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐎𝐊 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆.

17 March 2025-Kerja-kerja membaik pulih jalan dan pembentung di Kampung Leda, Sungai Sok kini sedang giat dilaksanakan sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi penduduk setempat. Projek ini bertujuan untuk memastikan keadaan jalan raya yang lebih selamat dan selesa, sekali gus mengurangkan risiko kejadian tidak diingini akibat jalan yang rosak atau sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik.
Dengan pelaksanaan kerja-kerja ini, diharapkan sistem perparitan dapat beroperasi dengan lebih efektif, mengelakkan masalah banjir kilat serta memperbaiki aliran air di kawasan sekitar. Pada masa yang sama, pembaikan jalan yang dilakukan dapat membantu melancarkan pergerakan penduduk dan pengguna jalan raya, terutama bagi mereka yang bergantung kepada laluan ini untuk ke tempat kerja, sekolah, serta menjalankan aktiviti harian mereka.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Kejuruteraan (Puan Aniss Hashim ) turun padang bagi memantau perlaksanaan projek selaku yang bertanggungjawab dalam menjayakan projek ini, kontraktor, serta penduduk yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja baik pulih dijalankan.
Pihak Majlis Daerah Dabong berharap dengan perlaksanaan Projek ini dapat membantu para penduduk setempat, Projek ini telah sepenuhnya siap dan boleh digunakan.
- Hits: 40