𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 : 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆.
Majlis Tadarus dan Iftar 1446H yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Dabong telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Dewan Sebarguna Majlis Dearah Dabong. Majlis ini dihadiri oleh Yang Dipertua (Nik Faizai Bin Mohamed), Setiausaha ( Mohd Norhisham Bin Abdullah), Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan Majlis Daerah Dabong dan Warga Kerja Majlis Daerah Dabong.
.
Acara dimulakan dengan sesi tadarus al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Naim Bin Abdul Ghani (bekas Mudir Sekolah Agama Kandek, Dabong). Suasana majlis tersebut penuh dengan ketenangan dan keberkatan, mencerminkan semangat Ramadan yang mulia. Majlis ini diakhiri dengan solat magrib berjemaah dan Majlis bersurai.
- Hits: 24