𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐛𝐨𝐧𝐠 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌
28 April 2025 -Alhamdulillah, Majlis Daerah Dabong telah meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam suasana penuh kemesraan dan kesyukuran.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB ADUN Dabong, YB ADUN Manik Urai, YB Ahli Parlimen Kuala Krai, ketua-ketua jabatan, serta rakan-rakan strategik agensi kerajaan di kawasan pentadbiran MDD.
Semangat Syawal ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, memperkukuhkan persefahaman antara agensi, serta menyemai nilai amanah, integriti, dan akhlak mulia dalam perkhidmatan.
Semoga silaturrahim yang terjalin terus subur, seiring usaha membangunkan Dabong sebagai Gerbang Eko Pelancongan Lestari.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
- Hits: 69