𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐑𝐀𝐈 𝟒𝐱𝟒 𝐎𝐅𝐅𝐑𝐎𝐀𝐃 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓 / 𝟐–𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐣𝐚𝐮, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐥𝐨𝐡, 𝐃𝐚𝐛𝐨𝐧𝐠
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan Kuala Krai 4x4 Offroad Challenge 2025—sebuah acara penuh aksi, semangat kesukanan dan sokongan komuniti yang membanggakan!
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Hilmi Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, mewakili YAB Menteri Besar Kelantan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB ADUN Manik Urai, YB Ahli Parlimen Kuala Krai, Ketua Polis Daerah Kuala Krai (OCPD) serta Encik Mohd Norhisham bin Abdullah, Setiausaha Majlis Daerah Dabong yang hadir mewakili Yang Dipertua MDD.
Majlis Daerah Dabong amat berbangga dapat bersama-sama menyokong penganjuran program ini yang bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta, tetapi turut memperkenalkan keindahan alam semula jadi Kuala Krai sebagai destinasi pelancongan lasak dan eko.
Inisiatif seperti ini seiring dengan hasrat kami untuk menjadikan Dabong sebagai Gerbang Eko Pelancongan Lestari, sekali gus menggerakkan potensi ekonomi setempat.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
- Hits: 72