πππππππ ππππππππππ ππππππ ππ πππππ πππππππ ππππ πππππππ πππππππππ ππππππππ ππ πππ πππππ (πππ, ππππ-ππ) ππππππ πππππππππππ πππππππππ ππππππ
07/05/2025-Majlis Daerah Dabong (MDD) dengan penuh rasa hormat dan penghargaan mengucapkan terima kasih kepada YBhg Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, atas kesudian beliau mengadakan Lawatan Pemantauan ke Kompleks Gua Ikan, Dabong, pada 7 Mei 2025.
Lawatan ini bukan sahaja memberi semangat dan sokongan kepada usaha menaik taraf kemudahan pelancongan di Dabong, malah menjadi dorongan kepada MDD untuk terus memperkukuh sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Kami amat menghargai pandangan dan nasihat yang telah dikongsikan oleh YBhg Datoβ KSU dan pihak Kementerian dalam memastikan Dabong terus menjadi destinasi eko-pelancongan yang lestari dan berkualiti.
Terima kasih sekali lagi kepada YBhg Datoβ KSU dan seluruh pasukan MOTAC. Kami komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab kami dengan lebih baik demi kemajuan sektor pelancongan di Dabong.
- Hits: 70