Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐑𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆

 Screenshot%202025 05 29%20144133

 

 

29/05/2025-Sebanyak 100 iklan haram telah diturunkan dalam operasi ini yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasaan MDD dengan kerjasama Unit Pelesenan Dan Kesihatan MDD secara besar-besaran di sekitar jalan Laloh.

Sasaran utama operasi ini dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, pinjaman wang berlesen dan tamat tempoh di tiang-tiang lampu dan persimpangan.

Majlis juga ingin mengingatkan orang ramai terutamanya peniaga agar tidak terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram yang sentiasa menindas peminjamnya.

Sehubungan itu, Majlis menasihatkan orang ramai khususnya yang ingin mengiklankan produk atau penganjuran sebarang aktiviti supaya memohon permit sebelum menggantung sepanduk serta kain rentang.

Operasi ini melibatkan 7 anggota Majlis Daerah Tanah Dabong operasi bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 01.00 Petang.

  • Hits: 5

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD