𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐃
Tarikh : 13/10/2025
Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Dabong telah melaksanakan operasi pemeriksaan dan pemantauan bangunan di sekitar kawasan Dabong.
Tujuan operasi ini dijalankan adalah bagi memastikan semua bangunan dan premis di kawasan pentadbiran MDD:
Mematuhi peraturan dan undang-undang kecil bangunan sedia ada.
Tidak melakukan sebarang ubah suai tanpa kelulusan Majlis.
Menjaga aspek keselamatan dan keseragaman pembangunan di kawasan Dabong.
Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap peraturan Majlis serta memastikan kawasan Dabong terus teratur, selamat dan sejahtera.
Majlis juga menasihati semua pemilik premis agar sentiasa mematuhi syarat kelulusan bangunan dan mendapatkan nasihat daripada Majlis sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian.
- Hits: 2