𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 & 𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒
Tarikh : 14/10/2025
Unit Kebersihan Majlis Daerah Dabong (MDD) telah melaksanakan kerja-kerja potong rumput dan pembersihan kawasan di Lata Kertas, Dabong.Tugasan ini dijalankan bagi memastikan kawasan pelancongan Lata Kertas sentiasa bersih, terurus dan selesa untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan serta pelancong yang datang menikmati keindahan alam semula jadi Dabong.💪 Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Unit Kebersihan MDD dalam menjaga imej kebersihan kawasan rekreasi di bawah pentadbiran Majlis.Pihak Majlis menyeru kepada semua pengunjung agar bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata, demi mengekalkan keindahan Lata Kertas sebagai destinasi pelancongan utama Dabong.
- Hits: 2