𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐋𝐎𝐇
Tarikh : 14/10/2025
Unit Kebersihan Majlis Daerah Dabong (MDD) telah melaksanakan kerja-kerja gotong-royong pembersihan longkang tersumbat di kawasan Kampung Laloh, Dabong.
Kerja ini dijalankan susulan aduan penduduk setempat berhubung masalah longkang yang tersumbat dan menyebabkan aliran air tidak lancar.
Aktiviti gotong-royong ini melibatkan kerja-kerja:
Pembuangan lumpur dan sampah yang menyumbat longkang
Pemotongan rumput di sekitar laluan air
Membersihkan kawasan persekitaran bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik
Usaha ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan awam, serta mengelakkan risiko pembiakan nyamuk dan banjir kilat.
Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas Unit Kebersihan dan penduduk kampung yang turut membantu dalam menjayakan aktiviti ini.
- Hits: 2