𝐒𝐈𝐊𝐀𝐏 𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐔!
Pihak Majlis Daerah Dabong (MDD) memandang serius terhadap sikap segelintir individu yang masih membuang sampah di tepi tong sampah, walaupun tong telah disediakan dan masih kosong.
Perbuatan ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan dan menimbulkan bau busuk, malah turut mengundang kehadiran haiwan perosak serta menjejaskan imej kebersihan kawasan Dabong.
Untuk makluman, Majlis telah menyediakan tong sampah di lokasi strategik bagi memudahkan orang ramai membuang sampah dengan cara yang betul. Oleh itu, tiada alasan untuk membuang sampah merata-rata.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan ini di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan. Denda boleh dikenakan serta merta tanpa kompromi.
Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan kawasan Dabong, kerana kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
- Hits: 2