𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 & 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒

Unit Kebersihan Majlis Daerah Dabong telah melaksanakan kerja-kerja potong rumput dan pembersihan di laluan masuk ke Lata Kertas bagi memastikan kawasan sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk para pengunjung.
Usaha ini dijalankan secara berterusan bagi menjaga keindahan serta imej kawasan rekreasi sebagai salah satu tarikan pelancongan di Dabong.
Sama-sama kita jaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar untuk keselesaan bersama!
- Hits: 22