𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

Kakitangan Majlis Daerah Dabong (Pembantu Tadbir) telah menghadiri Kursus Penilaian Dokumen Rasmi Kerajaan anjuran Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) hari ini secara atas talain (online zoom meeting) di Dewan mesyuarat Utama Majlis Daerah Dabong.
Kursus ini memberi pendedahan mendalam berkaitan tatacara pengurusan serta penilaian dokumen rasmi kerajaan selaras dengan peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
Warga Majlis menunjukkan komitmen dan perhatian yang bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan berlangsung bagi memastikan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan dokumen harian di Majlis Daerah Dabong.
- Hits: 12