𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 (𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓/𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇) 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐔𝐑𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐔

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 (𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓/𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇) 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐔𝐑𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐔
SELASA | 13 JANUARI 2026 Kerja-kerja kebersihan yang melibatkan aktiviti pemotongan rumput dan kutipan sampah telah dilaksanakan secara berkala di Taman Kejiranan Manik Urai Baru oleh pihak berkaitan bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Pelaksanaan kerja-kerja ini bukan sahaja bertujuan untuk mencantikkan landskap kawasan, malah bagi mengurangkan risiko pembiakan serangga dan haiwan perosak, di samping memastikan aspek keselamatan serta keselesaan penduduk setempat sentiasa terpelihara. Usaha penyelenggaraan yang dijalankan secara berterusan ini juga mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kebajikan komuniti serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat Hilmi Abdullah Hisham Abdullah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan @followers @top fans
- Hits: 42