𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 & 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 & 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇
🗓 Selasa | 10 Februari 2026
Kerja-kerja kebersihan melibatkan pemotongan rumput serta kutipan sampah telah dilaksanakan di
sekitar:📍 Taman Kejiranan Manik Urai Baru
Aktiviti ini dijalankan secara berjadual sebagai salah satu usaha berterusan bagi memastikan kawasan taman sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat dan ceria untuk kegunaan penduduk setempat.Selain meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, kerja-kerja penyelenggaraan ini juga penting bagi mengelakkan kawasan menjadi semak, mengurangkan risiko pembiakan serangga/perosak serta memastikan kemudahan awam dapat digunakan dengan lebih selesa oleh semua lapisan masyarakat.Pihak Majlis amat menghargai kerjasama serta sokongan penduduk dalam menjaga kebersihan kawasan setempat.🌱 Kebersihan Tanggungjawab Bersama
📌 Majlis Daerah Dabong – Bersama Membangun Komuniti#MDD #MajlisDaerahDabong #Kebersihan #PotongRumput #KutipanSampah #TamanKejiranan #ManikUraiBaru #KomunitiSejahteraHilmi Abdullah Hisham Abdullah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan @followers
- Hits: 9