Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

🌿 KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN: KEMPEN PASAR AWAM BERSIH 2026 🌿

🌿 KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN: KEMPEN PASAR AWAM BERSIH 2026 🌿

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Dabong (MDD) telah melaksanakan Kempen Pasar Awam Bersih 2026 sepanjang bulan Mei hingga Jun 2026 sebagai usaha mempertingkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan kesejahteraan persekitaran di pasar awam.

Gotong-Royong Perdana Pasar Awam Laloh telah diadakan pada 8 Jun 2026 dan dirasmikan oleh YB Mohd Fauzi bin Abdullah, ADUN Manek Urai. Turut hadir ialah YBM Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin, ADUN Dabong, Penghulu Laloh, Ahli-ahli Majlis Daerah Dabong, kakitangan MDD, para penjaja serta wakil daripada Balai Polis Laloh.

Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya:
♻️ Gotong-royong membersihkan kawasan Pasar Awam Laloh.
♻️ Pemasangan papan tanda peringatan menjaga kebersihan.
♻️ Penyediaan tong kitar semula.
♻️ Pemantauan Indeks Tikus.
♻️ Pengedaran risalah (flyer) kepada para penjaja mengenai kepentingan menjaga kebersihan pasar awam.
♻️ Mengecat semula bakul-bakul sampah.
♻️ Pemasangan tagging pengezonan.
♻️ Mengecat semula petak parkir kenderaan.

Majlis Daerah Dabong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kempen ini. Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan serta menjadikan pasar awam sebagai tempat yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk semua

  • Hits: 27

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD