𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐛𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐱 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮
Majlis Daerah Dabong (MDD) berbesar hati kerana diberi peluang mewakili negeri Kelantan di ASEAN Tourism Forum: Travex 2025, bersama-sama dengan penggiat industri pelancongan Kelantan yang lain.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Information Centre (TIC) Kelantan, rakan strategik MDD sejak sekian lama, yang telah menjemput dan menyokong usaha ini. Penyertaan ini merupakan peluang berharga untuk mempromosikan Dabong sebagai destinasi pelancongan unik yang berasaskan alam semula jadi, selaras dengan visi kami untuk menjadikan Dabong dikenali di peringkat ASEAN...
- Hits: 140