𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆

Pihak Majlis Daerah Dabong amat berterima kasih diatas kesudian pihak rombongan dari Majlis Daerah Selama sudi berkunjung ke Dabong bagi memajukan sektor pelancongan masing-masing. Pelbagai ilmu yang telah dikongsikan semasa lawatan ini, yang mana pihak Majlis Daerah Dabong bersama Majlis Daerah Selama saling berkongsi idea dan pendapat bagi menarajui era pelancongan yang lebih efektif.
Kami pihak MDD amatlah berbesar hati menerima rombongan pihak puan-puan. Majlis ini bermula dengan ketibaan para rombongan di stesen KTMB Dabong yang tiba pada pukul 10.35 pagi dan pihak rombongan berjalan ke pekan Dabong melihat suasana kampung Dabong dan terus bergerak ke Dewan sebarguna MDD untuk sarapan pagi dan sesi taklimat.
Turut menyampaikan kata-kata aluan program ini dari En Zamri bin Jusoh (Ketua Whip MDD), Serta taklimat ringkas pelancongan yang telah disampaikan oleh En Hasram bin Mohamed Hassan (Penolong Pegawai Perancang Bnadar & Desa) Selaku Urusetia pelancongan Dabong.
Program ini diteruskan dengan pihak Rombongan melawati beberapa tempat pelancongan di Dabong antaranya :


Kemudian Rombongan terus Dewan sebarguna MDD bagi menikmati makan tengahari.Semoga usaha ini boleh diteruskan lagi bagi memberikan impak yang besar kepada Pelancongan di kelantan khususnya dikawasan Dabong.
Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada rombongan dan majlis bersurai.
- Hits: 920