Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

π’π„πŒπˆππ€π‘ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ π…πˆπ’π‚π€π‹ 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐄𝐑 π…πŽπ‘ ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ π‚πŽππ’π„π‘π•π€π“πˆπŽπ (𝐄𝐅𝐓) 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π‚π„πŒπ„

π’π„πŒπˆππ€π‘ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ π…πˆπ’π‚π€π‹ 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐄𝐑 π…πŽπ‘ ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ π‚πŽππ’π„π‘π•π€π“πˆπŽπ (𝐄𝐅𝐓) 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†.
Kota Bharu, 12 Disember – Seminar Pemantapan Pengurusan Projek Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya hari tesebut, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan pihak berkepentingan dari seluruh negara.
Seminar yang bertujuan memantapkan pengurusan projek EFT ini memberi penekanan terhadap usaha melindungi biodiversiti melalui kaedah peruntukan fiskal yang mampan.
Program ini turut menampilkan pembentangan kertas kerja, perbincangan panel, dan bengkel praktikal untuk meningkatkan kompetensi peserta dalam pengurusan projek.
Dalam ucapan perasmian, YB Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, (Tengku Kaya Perkasa) Pegawai Kewangan Negeri, menyatakan bahawa pelaksanaan projek EFT merupakan salah satu langkah strategik untuk memastikan pemuliharaan biodiversiti secara mampan.
.
β€œInisiatif ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam melindungi biodiversiti kita sambil memberi insentif kepada meningkatkan usaha pemeliharaan. Seminar ini diharapkan dapat memperkukuh pemahaman dan pengurusan projek EFT di peringkat negeri,” katanya.
.
Pengiktirafan Kecemerlangan
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Cemerlang kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelaksanaan projek berkaitan biodiversiti dibawah Projek Pembangunan Pusat Janaplasma Durian Terpilih Taman Rafflesia Lojing, Kelantan.
Dildalam seminar ini Pihak Majlis Daerah Dabong telah menyertai 2 kategori EFT antaranya :
1, 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—žπ—’π—‘π—¦π—˜π—₯π—©π—”π—¦π—œ π—¦π—£π—˜π—¦π—œπ—¦ π—™π—Ÿπ—’π—₯𝗔 𝗗𝗔𝗑 𝗙𝗔𝗨𝗑𝗔 π—˜π—‘π——π—˜π— π—œπ—ž 𝗗𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯𝗔𝗑𝗖𝗔𝗠 π——π—œπ——π—”π—Ÿπ—”π—  𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—šπ—¨π—‘π—¨π—‘π—š π—¦π—§π—’π—‘π—š
(JOHAN, GERAN 200 RIBU RINNGIT BERSAMA PIALA IRINGAN)
2. 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘ π—œπ—‘π—©π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ π—˜π—žπ—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ 𝗗𝗔𝗑 π—šπ—˜π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π—žπ—’π— π—£π—Ÿπ—˜π—žπ—¦ π—šπ—¨π—” π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—”π—•π—’π—‘π—š
(TEMPATKE-4, GERAN RM 30 RIBU RINGGT )
Penerima anugerah, Pengarah Pertanian negeri Kelantan, Norbahani Zakaria menyatakan bahawa pengiktirafan ini memberi motivasi kepada Jabatan Pertanian untuk terus memajukan usaha pemuliharaan alam sekitar.
.
Program seperti ini bukan sahaja menyokong usaha melindungi biodiversiti negara tetapi juga membuktikan kerjasama erat antara kerajaan dan pihak berkepentingan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan.
  • Hits: 745

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD