Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Faq 6

Call 2

Feedback 1

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐈𝐙𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟕𝟎 (𝟏) 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟏𝟑𝟑, 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟕𝟒.

 
Tarikh : 03 FEBRUARI 2025
Jabatan penguatkuasa MDD telah membuat pemantauan dan pemeriksaan, didapati sebuah tapak menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa sebarang kelulusan atau kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Aktiviti tersebut telah dihentikan serta-merta oleh pihak penguatkuasa. Akibat daripada pelanggaran ini, unit penguatkuasa telah telah melaksanakan tindakan sitaan dan rampasan bahan-bahan binaan di lokasi.
Semua pemilik dan kontraktor diingatkan untuk mendapatkan kelulusan rasmi sebelum memulakan sebarang pembinaan. Kepatuhan kepada undang-undang bukan sahaja penting untuk mengelakkan tindakan undang-undang tetapi juga demi menjaga keselamatan, kesejahteraan masyarakat, dan memastikan pembangunan yang teratur.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa sebarang aktiviti pembinaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 70(1) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kesalahan ini boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM1,000 sebagai langkah tegas untuk memastikan pematuhan peraturan.
  • Hits: 40

SEO- LAMAN WEB MAJLIS DAERAH DABONG

MYSEJAHTERA
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
ARKIB MDD